KUIH LOPES HARUM MEWANGI



Resepi :

๐Ÿ“Œ2  1/2 cawan beras pulut(rendam 30mnt dengan 1 sdb air kapur makan)kemudian basuh dan toskan..

๐Ÿ“Œ2 cawan santan sederhana cair(sy kisar 1/2 biji kelapa parut dengan air kemudian perah dan sukat 2 cawan santan)

๐Ÿ“Œ1 cawan air pandan(sy kisar 3-4 helai daun pandan dan air..perah pastu sukat 1 cawan)

๐Ÿ“ŒSedikit daun pisang yang dah dilayur(panjang daun pisang mestilah dalam 2@3 kali gulungan supaya gulungan pulut tu nanti padat)

๐Ÿ“ŒPewarna hijau epal jika perlu
๐Ÿ“ŒSedikit garam

๐Ÿ“Œ1/2 biji kelapa parut amik putih sahaja campur sedikit garam dan gaul (untuk salut kuih lopes)

Bahan kuah gula merah
๐Ÿ“Œ2 ketul gula merah
๐Ÿ“Œ3 cawan air
(satukan dan renehkan hingga gula larut)
Jika guna gula merah timbang lagi cun sbb kalernya lebih gelap..

Caranya..
๐Ÿ“Satukan pulut,santan,air pandan,garam,pewarna hijau dalam periuk..
Tanak seperti masak nasi..bila air pulut dah kering..perlahankan api..masak hingga pulut betul2 masak..(tanak dalam rice cooker pun boleh)
๐Ÿ’Nak lagi senang buh dalam loyang kukus 30 minit.. (dah siap kukus biarkan sejuk dan potong2 dah boleh salut ngan kelapa parut)

๐Ÿ“Bila pulut dah masak..
Bentangkan daun pisang...masukkan 2 senduk pulut..gulung daun pisang bagi padat(pastikan betul2 padat..hati2 jangan sampai daun pisang koyak..ikat di sebelah kiri dan kanan..ikat betul2 ketat yer..

๐Ÿ“Biarkan sejuk..dah sejuk baru potong perlahan2 guna pisau tajam..(sy simpan dalam peti sejuk..kes nak cepat makan)๐Ÿ˜…

๐Ÿ“Setiap potongan kuih lopes golekkan dalam kelapa parut yang dah digaul dengan sedikit garam..

๐Ÿ“Tuangkan kuah gula merah pada kuih lopes...hmmmm sedappppnyaaa..


Kredit resepi : Mariana Zainal